Thursday, 21 May 2009
Wednesday, 20 May 2009
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
Pada4 dan 5 April 2009 seramai 45 orang guru yang menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sepintar telah mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Cameron Highlands. Kursus yang bertajuk "Pengurusan Strategik P&P Cemerlang" telah selamat dijalankan selama dua hari satu malam. Dalam kursus ini guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang masing-masing iaitu Bidang Kemanusiaan, Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Bidang Teknikal. Mereka dikehendaki merangka perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi setiap panitia mata pelajaran yang bermatlamatkan kecemerlangan akademik pelajar dan juga kecemerlangan budaya kerja guru.
Kesempatan ini juga telah diambil oleh para guru untuk melawat kawasan pelancongan di sekitar Cameron Higlands. Selain berkursus, para guru-guru juga berpeluang untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan anggota keluarga masing-masing kerana sebahagian guru yang mengikuti kursus ini turut membawa ahli keluarga. Menurut Ustaz Kamilen Marzoki (Penolong Kanan Kurikulum) kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Menurut beliau lagi satu sesi kursus susulan sedang dirancang oleh beliau... dan destinasinya ialah LANGKAWI.
Posted by abuis at09:47 0 comments
Saturday, 28 March 2009
Lawatan Guru-Guru Kimia Dari Jepun

Sepintar, 27 Mac 2009: Sekumpulan guru-guru kimia seramai 7 orang dari beberapa buah sekolah di sekitar Tokyo telah membuat lawatan muhibah ke Sepintar. Dalam lawatan tersebut satu perbincangan telah diadakan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek kimia di kedua-dua buah negara. Sepintar telah diwakili oleh Pn Marlina bt Mat Napes sebagai Ketua Panitia Kimia, Pn Khairul Afdzar, Pn Norul Illyana, Pn Shajaratuddur, Cik Latifah (Guru Bahasa Jepun Sepintar) serta En Mohd Nazri Takuan (Pegawai Perhubungan Awam Sepintar).
Dalam perbincangan selama kira-kira 3 jam setengah itu, banyak isu-isu yang telah dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak. Antaranya ialah mengenai kandungan kurikulum, kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar (BBM). Ternyata kedua-dua belah pihak begitu berpuas hati dengan pertemuan ini. Rombongan dari Jepun ini akan membawa balik segala dapatan dari perbincangan ini untuk dibawa pulang seterusnya disebarkan kepada seluruh warga pendidik di sekitar Tokyo.
Menurut ketua rombongan dari Jepun tersebut, program lawatan ke Sepintar merupakan destinasi yang ke 3 selepas lawatan ke Korea dan Taiwan. Mereka juga merasa agak terkejut kerana penggunaan prasarana ICT dalam P&P di Sepintar ternyata lebih maju dari sekolah-sekolah di Jepun.
Bagi pihak Sepintar, lawatan ini seolah-olah menjadi pemangkin untuk membuat lawatan balas ke Jepun. Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia akan menjadi lawatan kali ke 2 ke Jepun selepas Program Homestay pada tahun 2006.
P/S Marlina Bt mat Napes ternyata begitu teruja hendak ke sana....
Posted by abuis at12:02 0 comments


